Sunday 4 February 2018

SABAR DAN SAKIT

Bila diuji sakit, jadilah seperti Nabi Ayyub a.s yang sabar menghadapi ujian hidup.



Nabi Ayyub a.s

           Nama Nabi Ayyub a.s adalah nama yang paling masyhur apabila dikaitkan dangan sifat sabar. Hal ini sehingga orang membuat perumpamaan dengan mengatakan, "sabru Ayyub", iaitu seperti kesabaran Nabi Ayyub.

       Bukti kesabaran Nabi Ayyub a.s adalah baginda bersabar terhadap penyakit yang menimpa tubuhnya dan kehilangan ahli keluarga. Penderitaan yang dialami oleh Nabi Ayyub a.s tidak seperti yang diceritakan dalam kisah israiliyat dan rekod-rekod yang jelas dusta. Kisah israiliyat ini diterima dengan mudah dan membabi buta oleh orang ramai serta ditokok tambah seperti badan baginda berulat, berkudis dan berkulat seperti bangkai hidup, bahkan sehingga perkara yang mustahil berlaku kepada para rasul. Allah s.w.t menjelaskan dalam surah Al-Anbiya' ayat 83 hingga ayat 85, lihat http://www.surah.my/21/83-85 yang bermaksud:

"Dan Nabi Ayyub, ketika berdoa kepada Tuhannya, 'Sesugguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". Maka Kami perkenankan doa, lalu Kami lenyapkan penyakit yang menimpanya dan Kami kembalikan keluarganya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan bagi menjadi peringatan kepada orang yang taat kepada Kami. Demikian juga Ismail, Idris, dan Zulkifli, semuanya tergolong dalam orang-orang yang sabar." (Surah Al-Anbiya' ayat 83-85)

      Antara kelembutan Nabi Ayyub a.s semasa berdoa kepada Tuhannya adalah, baginda tidak meminta kepada Allah s.w.t perkara tertentu seperti kesembuhan atau kesihatan ataupun mengembalikan ahli keluarganya. Namun, memadai baginya menyatakan bahawa dirinya adalah orang yang memerlukan dan lemah, di samping menyebut tentang Tuhannya apa selayaknya dan tidak lebih daripada itu, sehubungan dengan firman Allah s.w.t lihat;http://www.surah.my/21#83 yang bermaksud :

"Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang antara semua yang penyayang." ( Surah Al-Anbiya' ayat 83)

Allah s.w.t menjelaskan lagi dalam surah Sad tentang rasul-Nya lihat; http://www.surah.my/38/41-44 bermaksud :

"Dan ingatlah Kami Ayyub ketika berdoa kepada Tuhannya, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan.' (Kami kabulkan doanya dan Kami perintahkan kepadanya), 'Hentaklah kakimu.' (Selepas itu terpencarlah air dan Kami jelaskan) Inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin. Dan Kami kurniakan kepadanya keluarga dengan bilangan yang berlipat kali ganda sebgai rahmat daripada Kami dan sebagai pengajaran kepada orang yang berakal. Dan ambillah dengan tanganmu seikat jerami, maka pukullah isterimu dengannya, dan jangan kamu rosakkan sumpahanmu itu. Sesungguhnya Kami dapati Ayyub adalah seorang yang sabar, dia adalah sebaik-baik hamba, sesungguhnya dia sentiasa merujuk kembali kepada Kami melalui ibadahnya." (Surah Sad, ayat 41 hingga ayat 44).

         Dalam surah Sad ini, Alllah s.w.t memuliakan Nabi Ayyub a.s. Kisah ini dimulai dengan dialog yang ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan ayat, "Dan ingatlah.". Perumpamaan itu membawa makna pengekalan kepada individu yang disebut selepasnya dalam Al-Quran, dan menjadikan individu itu ikutan dan contoh yang khusus, dari segi kelebihan dalam memuliakan para rasul Allah.

         Sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Talib Al-Maliki, "Perkataan ini adalah perkataan muhabah (ungkapan kebanggaan), iaitu dengan membanggakan Nabi Ayyub a.s di sisi Rasulullah s.a.w . Hal ini sekali gus memuliakan dan melebihkan Nabi Ayyub a.s seperti yang dijelaskan. "Ingatlah wahai Muhammad", lalu Rasulullah s.a.w diperintahkan supaya mengingati dan mencontohinya sebagaimana yang dijelaskan dalam surah Al-Ahqaf ayat 35, lihat:http://www.surah.my/46#35 yang bermakud ; 

 "Maka bersabarlah kamu seperti ulul azmi daripada kalangan rasul-rasul..."(Surah Al-Ahqaf ayat 35)

         Allah s.w.t sekali lagi memuliakan Nabi Ayyub a.s. dalam ayat yang seterusnya, "Hamba Kami (عَبدِنَا/'Abdina) "iaitu sandaran secara khusus dan dekat. Tidak dimasukkan antara perkataan "hamba (عَبْد/ 'Abdi) dan "Kami (نَا/ Naa)" itu dengan Lam al-milki ( لام الملك), iaitu lam yang membawa erti kepunyaan, seperti "hamba bagi Kami (عَبْدًا لَنَا)".

     Kali ketiga Allah s.w.t memuliakan Nabi Ayyub a.s adalah semasa Allah memperkenankan doa Nabi Ayyub a.s. dan mengembalikan kesihatannya disamping mengurniakn semula ahli keluarganya. Semua itu adalah rahmat Allah s.w.t dan peringatan kepada orang yang mempunyai akal fikiran.

             Kali keempat Allah s.w.t memuliakan Nabi Ayyub a.s adalah, membebaskannya daripada  sumpah bagi menghukum isterinya yang dilafazkan semasa sakit. Kemudian Nabi Ayyub a.s. bebas daripada melaksanakan sumpah itu dan Allah s.w.t memuliakan baginda disebabkan kesabarannya.

            Kemuncak kerendahan hati Nabi Ayyub a.s. kepada Allah yang Maha Mulia dijelaskan dalam surah 'Ad ayat 44 lihat :http://www.surah.my/38#44 yang bermaksud ;

"...Sesungguhnya Kami dapati dia (Nabi Ayyub) seorang yang sabar. Dia sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia begitu taat (kepada Tuhan-Nya)."(Surah 'Ad 44).

               Kerendahan diri ini membawa sebab-sebab kemulian yang terdahulu. Pada zat-Nya, ia adalah kemulian yang baru merangkumi ketiga-tiga perkara itu. Namun, cukuplah kita mengatakan Allah s.w.t menyenaraikan baginda dalam golongan yang mendapat kelebihan sabar.  

           Allah s.w.t menghubungkan nama-Nya dengan nama Nabi Ayyub a.s dan menyifatkan baginda sebagai seorang yang penyabar. Perkara ini menyerlahkan kedudukan baginda dari segi kekuatan dan keazaman.

          Kemudian Allah s.w.t menjelaskan, "Dia adalah sebaik-baik hamba." Tidak ada perkara yang lebih mulia daripada menyifatkan seseorang itu dengan sifat 'ubudiyah kepada Allah s.w.t. Maka, bagaimanakah individu yang dikatakan, "Sebaik-baik hamba"? Kemudian Allah s.w.t mengatakan dalam surah Sad ayat 44, "Sesungguhnya dia begitu taat kepada Tuhannya". Perkataan al-awwab adalah bersifat mubalaghah, iaitu begitu taat dan ia kembali kepada Allah. Nabi Daud a.s dan Nabi Sulaiman a.s juga termasuk dalam ungkapan ini.



Nota: Semoga catatan ini menjadi ikhtibar dan pengajaran buat saya dan semua. Sesungguhnya tiada pergantungan yang selayaknya melainkan kepada Allah s.w.t sahaja. Maafkan saya sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan ini.Tegurlah saya..

Catatan dan rujukan di ambil dari buku:

Mukjizat Sabar Dalam Al-Quran 
(Siri Tafsir Maudhu'i Dr.Yusuf Al-Qaradhawi )





































































Friday 2 February 2018

BIARLAH RUPA KITA HITAM TAPI JIWA MURNI DAN SUCI.




Hadis:

"Allah tidak memandang pada tubuh badan dan rupa kamu, tapi pada hati dan amalan kamu'.
( Hadis Riwayat Muslim)."

Dan hadis lain juga menyebut,

"Sesungguhnya Allah mengangkat darjat sesuatu kaum dengan Al-Quran dari merendahkan kaum yang lain". (Hadis Riwayat Muslim)

SABAR DAN SAKIT

Bila diuji sakit, jadilah seperti Nabi Ayyub a.s yang sabar menghadapi ujian hidup. Nabi Ayyub a.s            Nama Nabi Ayyub a.s a...